BANTU EN YUSERI MELALUI TABUNG JIWA PEDULI
EN YUSERI MENJADI "LELAKI BESI" APABILA 4 LUBANG DITEBUK PADA KEPALANYA UNTUK DIPASANG HALO VEST
En Yuseri, 49 tahun dan isterinya Puan Noraini, 53 tahun telah terlibat dalam kemalangan Lori treler terbalik pada bulan Mei yang lalu di Jabor, Pahang.
Kemalangan tersebut hampir meragut nyawa mereka berdua sehingga mengakibatkan En Yuseri terpaksa ditebuk kepalanya kerana patah tengkuk dan putus urat saraf, beliau sangat berisiko tinggi untuk lumpuh jika banyak bergerak.
Manakala, Puan Noraini pula terlantar kerana mengalami kecederaan yang serius iaitu patah bahu, retak tulang belakang, rusuk belah kiri teralih, darah beku pada bahagian belakang dan jahitan di kepalanya kerana terkena serpihan kaca.
Bukan itu saja, Puan Noraini mempunyai masalah athma dan beliau sangat bergantung pada inhaler
Akibat daripada kemalangan yang menyayat hati ini, keluarga En Yuseri putus punca pendapatan.
Hanya tinggal anak tunggalnya yang masih belajar perlu menggalas tanggungjawab yang besar ini.
Setiap minggu anaknya perlu ulang-alik dari Ipoh ke Banting demi menjaga ibu bapanya di rumah dan menyediakan keperluan kepada ibu bapanya
Tambahan pula, kedua-dua ibu bapanya perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Bukan itu sahaja, banyak komitmen lain yang perlu beliau tanggung antaranya:
✅ Sewa Rumah
✅ Sewa Bilik Belajar
✅ Keperluan Barang Harian
✅ Kos perjalanan ulang-alik
✅ Kos rawatan susulan Ubat-ubatan
Bukan mudah untuk beliau tanggung seorang sendiri, bekerja siang malam sebagai Grab juga belum cukup untuk tanggung
kos bulanan yang tinggi.
Dengan komitmen belajar lagi, hanya tinggal 1 semester saja untuk beliau tamatkan pengajiannya.
Beliau terpaksa meneruskan juga pengajiannya kerana hendak mendapatkan pekerjaan tetap bagi menampung keluarganya.
JOM BANTU RINGANKAN BEBAN EN YUSERI SEKELUARGA
JENIS BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN TERDIRI DARIPADA:
▶️ Ubat-Ubatan
▶️ Kos rawatan susulan ke hospital
▶️ Kos barangan harian
▶️ Kos komitmen bulanan
Semoga dengan sumbangan tuan puan walau sedikit dapat meringankan beban insan yang diuji dengan masalah kesihatan dan kewangan
Dari Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat.
Riwayat Ibn Majah (2417)
PAKEJ SUMBANGAN
> BANTU 10 KELUARGA RM 1000
> BANTU 5 KELUARGA RM 500
> BANTUAN BARANGAN ASAS RM 200
> PAKEJ PEDULI 2 RM 100
> PAKEJ PEDULI 1 RM 50
Jika Tuan/Puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei,
Tuan/Puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad kredit atau debit melalui Stripe
About Us
No. 7-1, Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Policies
Privacy Policy
Terms & Condition
Cancellation
Refund Policy
Customer Policy
Hak Cipta Terpelihara @YayasanMaghfirah2023